Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nama Lambat Panas Berbanding Rakan Lain Selepas Hero Remaja, Jazmy Juma Percaya Pada Rezeki – “Saya Tak Rasa Terkejar-Kejar"

Khairil Khusyairi
20/08/2024 02:55 MYT
Pelakon meningkat naik Jazmy Juma melihat kerjayanya kini kian berkembang sekaligus mengecap populariti.

Banyak Perubahan

Bercakap kepada Gempak, Jazmy Khan Juma Khan, 26, berkata banyak pengalaman yang dia dakapi sejak mengabdi diri pada 2020.

“Saya lihat banyak perubahan dari segi lakonan. Bermula daripada Hero Remaja, saya nampak progres itu berkembang.

“Ada perubahan, ia ibarat kita sedang menaiki tangga. Banyak perkara yang saya belajar dan banyak pengajaran yang saya dapat.

“Selepas Hero Remaja, saya ada buat beberapa projek drama dan filem,” ujarnya ketika ditemui.

Anggap Diri Pendatang Baharu

Biarpun kini ligat membina nama, pelakon kelahiran Ipoh ini tetap menganggap dirinya sebagai pendatang baharu.

“Banyak juga saya belajar daripada artis-artis senior. Sebagai pendatang baharu, saya sendiri yang minta nasihat daripada mereka.

“Walaupun saya bermula pada tahun 2020 dan sehingga kini, saya tetap berasa saya seorang pendatang baharu.

“Saya rasa saya belum cukup lagi ilmu di dada untuk kekal dalam industri. Banyak lagi perkara yang saya mahu belajar,” katanya.

Tak Cemburu Rakan Lain Lebih Meledak

Dalam pada itu, Jazmy juga tidak cemburu apabila melihat rakan seperjuangannya terlebih dahulu meletup berbandingnya.

“Saya tak rasa ia lambat, bagi saya lambat atau cepat ini satu masalah juga. Saya percaya pada rezeki dalam masa sama saya ada buat juga benda lain.

“Saya tak ada lah rasa terkejar-kejar, nak bolot semua peluang. Saya kena pilih juga.

“Kalau nak jayakan sesuatu projek, saya akan pilih karakter yang betul-betul saya boleh bawa sebab saya tak mahu rosakkan karya dan kualiti kerja saya,” katanya.

Untuk rekod, Jazmy Juma pernah menyertai program Hero Remaja pada 2020 yanng turut disertai pelakon Meerqeen, Nadhir Nasar, Imran Aqil dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jazmy Juma Jawab Dakwaan Hangat Bercinta Dengan Scha Elinnea - "Kami Memang ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Siap Tolong Betulkan Rambut, Sanjna Suri & Jazmy Juma Didakwa Bercinta? Habis Pasangan Masing-Masing Macam Mana?

#pelakon #Drama #Rezeki #Hero Remaja #Populariti #Baharu #Jazmy Juma #Meningkat Naik