Ketika namanya sedang menjadi perbualan hangat di media sosial pelakon, Ruhainies sempat memuatnaik sebuah hantaran baharu di Intagram (IG) Story nya.

Menerusi video nya itu, dapat dilihat suasana di set pengembaraan lakonan mereka sambil diiringi dengan nyanyian aktor sensasi, Aliff Aziz yang sedang khusyuk menyanyikan lagu Hakikat Sebuah Cinta nyanyian Saleem Iklim di set pengembaraan berkenaan.

Dalam pada itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas dan krew produksi turut sempat menyanyikan lagu itu bersama-sama sambil bergelak tawa riang gembira di dalam video tersebut.

Terdahulu, kecoh apabila pelakon yang berstatus suami orang itu ditangkap khalwat bersama pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di ibu negara semalam.

Netizen turut mengaitkan Ruhainies merupakan wanita yang terlibat susulan pasangan itu sibuk menjalankan pengambaraan bersama.

Namun, setakat ini tiada lagi sebarang kenyataan yang dibuat daripada pihak Aliff dan isterinya, Bella Astillah mahupun Ruhainies tentang kebenaran dakwaan yang mengatakan Ruhainies adalah wanita yang dicekup bersama Aliff.

Berita Trending: CCTV Rakam Kelibat Aliff Aziz, Ruhainies?

Berita Trending: 3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu, Bomba Terpaksa Bantu!