"Nama Selalu Kena Reject Dengan Stesen Walaupun Watak Orang Gaji, Sampai ...." - Noorkhiriah Akui Pernah Dihina

Rozaimi Zubaidi
Mac 12, 2019 03:04 MYT
Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa kesal apabila masyarakat pada masa kini lebih memandang rupa berbanding bakat yang ada pada seseorang anak seni.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berkongsi pengalamannya dalam industri yang pernah dihina dan sukar mendapat tawaran lakonan kerana tidak mempunyai rupa seperti yang diinginkan.
"Terpanggil untuk berkongsi cerita, akak pernah kena hina buruk, tak ada rupa, gemuk, hitam. Kalau trowback tu leh cakap mau menjerit suruh cari keja lain.
"Nama selalu kena rejek dengan stesen even watak orang gaji, sampai patah hati dik oii tapi semua itu HAK ALLAH. Cuma dulu tak macam sekarang tak ada media sosial ni.
"Kalau undi memang undi betul, fan-fan ni kurang tak macam sekarang. Yelaa zaman dah berubah akak faham cuma bila fikir balik berapa ramai pelakon-pelakon dulu yang tak ada rupa tapi acting bagus nak mamp**. Sori macam kasar skit bahasa sebab dulu n k dapat peluang tak mudah macam sekarang.
"Kalau menangis memang menangis sungguh, kalu masuk selut, jatuh ke apa ke semua sendiri tak ada stunt-stunt. Sekarang base on follower akak ni dik nasib baik Allah salurkan rezeki melalui #nur sebab abam @budakijat masih nampak, ingat dan tau akan akak. Orang lain belum tentu.
"Kalau ada pun watak entah pape, maaf biarlah akak luahkan rasa sebab bagi yang benar-benar nak jadi pelakon fikirlah masak-masak dik. Kadang-kadang indah kabar dari rupa, nak femes sesangat pun wat apa. Sudahnya nanti kalau sakit belum tentu mampu dok hospital private.
"Faham dok maksud akak? Tak faham takapa cuma dalam hidup janganlah kita sombong bila kita ada sebab kita takada pape dik. Semua Allah punya, maaf andai penulisan ni ada yang tak senang. Malas nak tulis pepanjang, pendek janji paham. sudehhh," tulisnya.
Sebelum ini timbul sebuah isu dimana seorang penerbit mengingatkan orang ramai yang tidak mempunyai rupa supaya tidak hadir ke sebuah ujibakat lakonan.
#pelakon #Pelakon #noorkhiriah