Hiburan
Nama Shahir Zawawi Panas Lagi! - Raudhatul Ain Bengang Shahir Tak Bayar Hutang
Sebelum ini nama Shahir Zawawi panas apabila dikaitkan dengan seorang wanita bernama Mona ketika sedang bertanding di AF Megastar.
Yang terbaru, nama bekas peserta Akademi Fantasia 8 itu kembali panas apabila seorang wanita dikenali sebagai Raydhatul Ain Rosni mendakwa ditipu Shahir.
Raudhatul Ain memuat naik beberapa entri di laman sosial Facebook (FB)nya sejak minggu lalu, bermula Isnin dan mendedahkan sikap sebenar penyanyi yang juga kekasih kepada pelakon Erra Fazira.
Pada Selasa, Raudhatul telah memuat naik foto Shahir dan menulis kapsyen yang mendakwa lelaki itu ‘kaki sembang’, ‘kaki propa’, ‘penipu’ dan ‘propa lebih’.
Hari yang sama, Raudhatul memuat naik sebuah lagi entri dengan meluahkan kemarahannya terhadap Shahir.
Dia turut mendakwa Shahir manusia paling pengecut dan ‘bangang’ yang pernah dijumpai.
Mungkin kerana sudah tidak mampu lagi berkompromi, Raudhatul akhirnya menulis sebuah kapsyen panjang pada Jumaat lepas dan mendedahkan Shahir telah memungkiri janji serta lari daripada membayar hutang.
Berserta entri tersebut, Raudhatul turut memuat naik paparan skrin perbualannya dengan Shahir pada 29 September lalu.
Menerusi perbualan tersebut memaparkan Raudhatul menghubungi Shahir untuk meminta wangnya dibayar, tetapi penyanyi tersebut meminta sedikit masa untuk melangsaikan hutangnya.
Terbaru, kira-kira jam 3 pagi tadi, Raudhatul memuat naik status dia hanya akan membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya Shahir membayar kesemua hutangnya.
Astro Gempak akan cuba menghubungi Shahir untuk meminta penjelasannya tentang perkara ini.
Sumber: Facebook Raidhatul Ain
Must-Watch Video