Nama Yang Indah Bermula Dengan Huruf L - Lufya Bagi Hint, Minta Peminat Teka Nama Anak

Mya Amri
Oktober 19, 2017 08:28 MYT
Pelakon Lufya akui sudah memilih nama istimewa anak perempuannya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Lufya yang kini hamil sembilan bulan memberitahu perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam beserta foto kanak-kanak perempuan yang cantik.
Malah bekas peserta Akademi Fantasia 6 ini juga meminta peminat untuk meneka nama anaknya yang bermula dengan huruf ‘L’.
Disebabkan posting itu juga, peminat mula meneka dan memberikan cadangan nama-nama yang cantik berserta maksud yang baik.
Antaranya:
“Ludmilla (dicintai semua orang) Lareina (sang ratu ) Larisa (riang gembira),” - @nrlsyakirah
“Luciana Luthfiya - cahaya kelembutan,” - @fara_adnan
“Lathifah Haura (perempuan berkulit putih dan menawan),” - @hazzaidris
Foto: Instagram @lufyaluvya
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Lufya Omar #Anak #Pelakon