Tarikh 22 Februari setiap tahun menjadi detik pilu apabila negara kita kehilangan sebutir permata bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad.

Hari ini, genap 30 tahun pemergian Allahyarham Sudirman. Yang pasti, lagu-lagu dan sumbangannya tetap diingati sepanjang zaman.

Sudirman yang turut terkenal dengan julukan The Singing Laywer punya keperibadian yang disenangi oleh semua, terutama peminat Allahyarham.

Jadi, kita imbas semula 10 fakta menarik tentang Allahyarham Sudirman yang mungkin ada yang tidak tahu.

#1 Penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.

#2 Dilahirkan di Pahang pada 25 Mei 1954.

#3 Nama Sudirman diilhamkan oleh nama seorang pahlawan Indonesia, Soedirman.

#4 Anak bongsu dari 6 adik beradik ini meninggal dunia pada tarikh 22 Februari 1992, pukul 4 pagi pada usia 37 tahun. Allahyarham disemadikan di Temerloh, Pahang.

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)


#5 Merupakan graduan undang-undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Beliau diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun memilih nyanyian sebagai kerjayanya.

#6 Johan Bintang RTM ini telah meninggalkan momen hebat dengan mengadakan Konsert percuma di Jalan Chow Kit pada 14 April 1986 dengan dihadiri lebih 100 ribu pengunjung. Kejayaan konsert tersebut tercatat dalam Malaysia Book of Records.

#7 Lagu One Thousand Million Smile dirakamkan dan dipasarkan di Eropah. Rakaman lagu tersebut dijalankan di studio Abbey Road dan dipilih sebagai lagu Tema Malaysia semasa Hari PBB.

#8 Nama manja/panggilan Sudirman ialah Cokman.

#9 Lagu Warisan, Tanggal 31 Ogos dan Tegakkan Bendera adalah antara lagu nyanyian Allahyarham Sudirman yang sering diputarkan setiap kali menjelang Hari Kemerdekaan. Jiwa patriotismenya jelas dipamerkan melalui persembahan-persembahan dan penulisannya.


#10 Allahyarham pernah merakamkan 15 album dan 52 album kompilasi dengan puluhan lagu 'hits'. Hingga kini, beliau terus dikenang sebagai Penghibur Rakyat, Penghibur Nasional dan Penghibur Nombor Satu Asia.

Sebut tentang kerjaya peguam, jangan lepaskan peluang menonton drama rantaian Tetuan Ang & Rahimin yang telah mula bersiaran pada 14 Februari, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO.

Drama 20 episod itu turut dibintangi pelakon lain seperti Ben Amir,Anita Baharom, Ellyas Abdullah, Shahril Sarjen, Iman Corrine Adrienne, Samsul Ahmad dan ramai lagi.