Nampak Bekas Tapak Tangan Di Cermin, Bunyi Perabot Ditarik, Zulin Dikacau Hantu Ketika Di Cameron Highlands
Izwan Isa
20/06/2023 02:50 MYT
20/06/2023 02:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Zulin Aziz berkongsi pengalaman seram yang dilalui ketika bercuti di Cameron Highlands baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, Zulin berkata, dia dikacau oleh ‘sesuatu’ gagal untuk tidur sehingga waktu Subuh.
BACA: Penyanyi Dakwa Kahwin Dengan Hantu Elvis Presley, Marylin Monroe Pun Datang!
“Lama tak pergi Cameron Highlands, tapi kena kacau hantu memang tak kelakar ya. Tak cukup tidur. dia ganggu sampai nak masuk Subuh.
“Mengantuk pagi tu terus checkout. Nasib baik breakfast sedap,” katanya.
Dalam pada itu Zulin berkata, dia diganggu oleh kesan tapak tangan di cermin, selain bunyi perabot ditarik.
“Masa mandi, tiba-tiba ada bekas tapak tangan dekat cermin, kau rasa? Bunyi bising, anjing menyalak, tarik perabot. Lepas ni aku pergi Cameron balik hari jelah. Siang indah malam seram,” katanya.
Selain itu, Zulin menerusi ruangan komen turut memberitahu yang dia ditindih ketika berada di hotel berkenaan.
BACA: "Ada Kata Saya Hantu, Bunian", - Izubiella
“Korang… Zulin kena tindih tau masa tidur. Pengalaman kena kacau tu memang seram. Ada tiga bilik tapi kami terpaksa tidur sekali sebab takut. Dia kacau tak bagi chance.
“Plan pun last minute ke sana. Banyak hotel dah full. Nak cari pulak yang ada 2 hingga 3 bilik untuk tiga orang. Dapat lah hotel ‘C’ tu. Nampak macam ok… sekali dah malam…,” katanya lagi.