Usahawan dan pempengaruh, Izubiela Zaffmarekan tidak menyangka video eksperimen sosial yang dirakamkan ‘bocor’ sebelum dikongsi kepada pengikut di laman sosial miliknya.

Wanita yang kini bergelar penyanyi itu mendedahkan video sosial ekperimen berbentuk gurauan (prank) tersebut dikongsikan oleh mangsa terlebih dahulu dengan pengguna TikTok popular sehingga tular dan meraih lebih 830,000 tontonan.

“Ketika itu, saya sedang merakamkan video prank dengan duduk bersendirian memakai baju gelap di sebuah hentian bas di sekitar Shah Alam.

“Sebenarnya saya tak sangka, ‘mangsa’ bernama Amirul berkongsi video rakamannya sendiri dengan akaun TikTok popular yang sering membincangkan mengenai isu misteri sehingga ia tular di media sosial.

“Sebelum Amirul, ada beberapa mangsa termasuk dua wanita tetapi selepas sahaja prank selesai dirakamkan, krew kami mendekati mereka dan memberitahu ia hanya prank,” katanya.

@dyamohamad90 apa prempuan tu buat dkt situ sorang2 kol 130pagi??? kena rasuk ke apa??? korg ada cite hantu?? msg je dkt insta kakdya tau!!#shahalam #misteri #ceritahantu #seram #tiktokseram #hantumalaysia #pontianak #tiktokguru #tiktokmalaysia #learnontiktok #jombelajar ♬ Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

Izubiela disangka bunian

Tidak menyangka video lain yang menjadi tular, pengasas produk Putih Gebu Izubiela ini menerima pelbagai komen warganet.

“Saya tak sangka video yang tersebar viral sedangkan video sebenar belum saya kongsikan lagi. Saya tergelak membaca pelbagai komen mengenai rakaman tular terbabit. Ada yang mengatakan saya hantu putih melepak, ada yang mengatakan saya bunian dan macam-macam lagi.

“Sebelum video ini tular, saya juga terkejut rakaman nyanyian ‘suka-suka’ saya meraih perhatian YouTuber antarabangsa terkenal, Nephi yang membuat video reaksi terhadap video terbabit.



“Biarpun saya masih belajar dan baru dalam bidang nyanyian, saya terharu kerana Nephi memuji saya sebagai usahawan yang mempunyai kebolehan menyanyi. Perkara itu saya jadikan suntikan semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.

“Saya pun baru sahaja tampil dengan single Biasa Dia bersama Cat Farish dan pujian terbabit membuatkan saya bersemangat untuk sama-sama memeriahkan industri muzik,” katanya lagi.