Nampak Bentuk Bibir Neelofa Melekap Di Purdah, Netizen Tanya; "Pakai Purdah Tak Payah Pakai Mask Ek?"

Amri Hassan
Mei 20, 2021 06:50 MYT
Kelibat selebriti popular Neelofa yang hadir ke Mahkamah Majistret Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi mencuri tumpuan umum.
BACA: Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB
Bukan saja hadir berpakaian sedondon rona putih dan coklat bersama suami tersayang, Haris Ismail, netizen juga memerhatikan pemakaian purdah Neelofa.
Dakwa netizen, bayangan wajah dan bentuk bibir Neelofa di sebalik purdah yang dipakainya amat jelas.
Malah, berdasarkan beberapa komen netizen, mereka mempertikaikan tindakan Neelofa seolah-olah tidak memakai pelitup muka dan menegur jenis kain purdah yang dipakai selebriti berusia 32 tahun itu yang terlampau nipis.
"A niqab is not a face mask.

a niqab IS NOT A FACE MASK https://t.co/V5lbME4P5f

— Qyira ? #ManaUndiKami (@takterqyira) May 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia nampak sangat tidak pakai sebarang pelitup muka seperti mana anda lihat di foto itu. Tiada pelitup muka disebalik purdahnya. Kenapa semua tidak bercakap tentang itu? Semua orang wajib pakai. Tak kisahlah kau berpurdah ke tak.
"Astaga, you still have to wear mask ya di bawah purdah! 1 layer of fabric tu wont stop corona makcik! Orang sekarang pun pakai mask double and you think purdah is enough? Memang tak takut Covid!

Astaga, you still have to wear mask ya d bwh purdah! 1 layer of fabric tu wont stop corona makcik! Org skrg pun pkai mask double and u think purdah is enough? Mmg x takut covid! https://t.co/HlmpGXVDpc

— ?이지? (@RainIzzie) May 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pakai purdah dah tak perlu pakai mask ek? Dulu macam menteri / DG kata pakai purdah pun kena pakai face mask.
"Rasa-rasanya kalau pakai niqab, mask pun mesti pakaikan? Harapnya hajah pakai juga mask disebalik niqab tu," tulis beberapa netizen di laman sosial.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah memaklumkan wanita yang mengenakan purdah atau niqab dinasihati memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Pada pagi Khamis, Neelofa dan suaminya, PU Riz didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.
Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan zikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.
Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidiltri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickelds, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Foto: Malaysia Gazette
#Viral #Neelofa #Kontroversi #Pengacara #niqab #Mahkamah #Purdah #Mask