"Wah tak sabarnya, dua-dua kesayangan ni," demikian antara komen yang ditulis peminat kedua-dua pelakon berbakat besar Hun Haqeem dan Mira Filzah di Instagram.



Menerusi teaser poster dan snippet yang dikongsikan sempena drama terbaharu mereka berjudul Imam Instant Ustazah Scammer itu, ramai yang teruja melihat gandingan mereka berdua.

Malah, ada yang turut ternanti-nanti kemunculan semula Mira Filzah di layar kaca selepas berehat seketika untuk memberikan fokus kepada keluarganya.

"Lama dah tak tengok Mira berlakon. Ini mesti cerita untuk bulan Ramadan saya rasa.

"Nampak macam Jisoo & Jung Haein Malaysia.

"Confirm kena tengok ni. Favourite actor!" demikian sambung komen-komen warganet.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)


Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer

Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya.
Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu.

Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.

Imam Instant Ustazah Scammer akan ditayangkan mulai 5 Mac 2023 setiap Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria.