Pelakon dan penyanyi Fattah Amin mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video tarian TikTok.

Menerusi laman sosial Instagram, Fattah berkongsi video tarian bersama seorang pelakon baru Izzat Mushtaq untuk tatapan umum.

“Dengan newbie kena hasut buat TikTok,” tulis Fattah sebagai kapsyen.

With the newbie kena hasut buat Tiktok @IzzatMushtaq ? #yeukyakchallenge

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah isterinya pelakon Fazura yang turut meninggalkan komen berbentuk usikan menegur perut Fattah yang kelihatan buncit seperti wanita hamil.

“OMG cute sangat! Boleh nampak happy tummy you macam I, wee! More TikTok please,” usik Fazura.



Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut teruja melihat perut Fattah yang ke depan.

“Daddy, perut cover sikit daddy,” komen seorang wargamaya.



“Berapa bulan dah perut tu abang Fattah, nasib handsome tak boleh bawak bincang,” kata seorang wargamaya.

“Daddy dah gemok la,” usik seorang wargamaya.



“Abang Fattah perut tu kena cover,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tarian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.