Nana Mahazan Menangis, Anak Berjaya Masuk Akademi Villareal Malaysia - “Tiga Minggu Daddy Bawa…”
Pengacara, Nana Mahazan menzahirkan rasa syukur selepas anak keduanya, Aaqib berjaya mendapat tempat di Akademi Villareal Malaysia.
Menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 42, berkongsi detik-detik ketika Aaqib menyemak keputusan berkenaan.
undefined
“Syukur ya Allah Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah. Kami berasa sangat bangga dengna Aaqib!
“3 minggu daddy gigih bawak Aaqib for trial, Aaqib sesi lagihan, daddy's full commitment hantar, ajar, 'basuh' hanya untuk pastikan Aaqib berjaya mendapat tenpat HAlLAND.
“Player lain semua so berbakat kali ini memang mencabar juga. From almost 40 kids, down to 20, pastu yang terpilih 15 orang,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Beri sokongan penuh
Dalam pada itu, Nana turut sempat menitipkan kata-kata semangat disamping memberikan sokongan penuh terhadap Aaqib.
“Semoga berjaya Aaqib, fly high, train hard, stay committed & be consistent in your training. We are here to support you all the way! Aku nangis la tengok Daddy dan Aaqib peluk,” tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Teringat Kenangan Di AF, Nana Mahazan Menangis Kerana Halaman Cinta Misha Omar! - "Lagu Yang Membuatkan Setengah Populasi Dunia Membenci ..."
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Mualaf, Nana Mahazan Tak Pening Fikir Giliran Pulang Beraya
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga Tahun Penghijrahan, Nana Mahazan Berdoa Supaya Kekal Istiqamah Berhijab
Sekadar info, Villareal merupakan salah satu kelab ternama La Liga yang menubuhkan akademi bagi menyediakan peluang untuk pemain bola sepak muda di seluruh Malaysia.
Untuk rekod, Nana mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Althea Raqeem Brian dan Aaqib.