Hiburan

Tiga Tahun Penghijrahan, Nana Mahazan Berdoa Supaya Kekal Istiqamah Berhijab

gempak
Firdaus
05/04/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Tiga Tahun Penghijrahan, Nana Mahazan Berdoa Supaya Kekal Istiqamah Berhijab
Sempena bulan Ramadan, pengacara Nana Mahazan berkongsi pengalamannya setelah tiga tahun tampil mengenakan hijab.
Menurut Nana, dirinya sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kekal istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan.

Kena usaha

“Setiap orang cabaran dan liku-liku kehidupan berbeza-beza. Kita tak tahu kan, hati ni berbolak-balik, tapi untuk kita istiqamah, kita mesti kena usaha.
“Kita tak boleh fikir hari ini kita pakai tudung, kita akan selama-lamanya bertudung, sebab kita akan ada ujian. Kenapa ujian tu datang? Mungkin sebab kita lupa, mungkin kadang-kadang Allah nak tengok adakah kita masih lagi ingat kepada-Nya.
“Pakai tudung ni kalau tidak membawa sebarang makna yang mendalam, mungkin kita akan ‘lost’ sedikit, jadi untuk kekal istiqamah kita kena doa dan minta kepada Allah, kerana doa adalah sesuatu yang sangat ‘berkuasa’ dan setiap kali solat saya akan minta kuatkan iman saya,” kongsinya.

Bersikap matang

Sementara itu, Nana mengakui dirinya masih mengekalkan personaliti seperti dahulu tetapi bersikap lebih matang dan tidak terlalu memikirkan tentang persepsi orang ramai terhadap fizikalnya.
“Saya masih lagi Nana yang sama, masih lagi ‘terejal’, masih lagi gila-gila. Cuma mungkin ada hadnya, saya rasa ia disebabkan faktor umur juga, bila saya dah berumur ni, saya lebih matang dan tenang.
“Saya juga tak terlalu mementingkan ataupun memerlukan ‘pengesahan’ orang ramai terhadap fizikal diri saya. Dulu saya banyak pentingkan pandangan orang terhadap kecantikan saya, rambut saya, tapi sekarang tidak lagi.
“Sebab pada akhirnya kita tahu, setiap tindak-tanduk yang kita buat adalah untuk mendapat keredaan Allah,” ulasnya.
Sekadar info, Nana ditemui di Malam Amal Flint yang diadakan pada 21 Mac lalu di pusat beli belah, The Curve.
Majlis tersebut dianjurkan dengan tujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Sumbangan yang disalurkan merangkumi duit raya, hamper dan agihan barangan mentah keperluan harian yang diharapkan dapat meringankan beban golongan tersebut.
Selain Nana, tiga lagi pempengaruh lain seperti Mya Zulkifli, Naddy Rahman dan Syafa Nisa turut dijemput hadir dalam menjayakan majlis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose Pernah Terfikir Nak Lepas Tudung - "Susah Sebenarnya Nak Istiqamah"

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid Mohon Maaf, Dah Cuba Istiqamah Bertudung Tapi Gagal - “Ini Bukan Tindakan Baik, Tak Patut Contohi”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live