"Nanti Bila Doktor Cakap 'Anytime From Now', Rasa Macam Nak Beranak Esok La Please" - Ika Nabella Tak Sabar Sambut Anak Sulung

Badrul Hashim
Oktober 14, 2019 22:30 MYT
Pelakon Ika Nabella nampaknya sudah tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka. Selebriti kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam ini berkongsi sekeping gambar bersama suami di Instagram.
"Two now. Soon three. Everyday atas birthing ball, they said kerap bounce atas bola tu can be very good natural inducer.
"Tak sabar nak jumpa anak. Korang pun mesti macam I kan? Once Doctor cakap “anytime from now” rasa macam eh nak beranak esok la please esok la," tulis Ika pada entri tersebut.
Tambah Ika lagi, kandungannya sudah masuk 38 minggu dan terasa begitu lama.
"Tapi org kata anak sulung lewat betul eh?" tanya Ika pada pengikut di Instagramnya.
Ika Nabella atau nama sebenarnya Ika Nabila Binti Abdul Rahim berkahwin dengan Muhammad Zaid Aznam pada Julai 2016 dan kini sedang menanti kelahiran anak sulung mereka.
#pelakon #Anak #Pelakon #Ika Nabella