Pelakon, Rozita Che Wan berkongsi cara memilih dan menyesuaikan pakaian anak-anaknya yang akan bercuti selama empat hari.

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok merakamkan Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta sedang mengemas pakaian anak-anaknya mengikut hari.

“Okay ini untuk hari pertama, hari pertama semua baju golf. Baju biru seluar biru kita dah padankan dengan kasut.

“Seluar dan baju hijau kita dah padankan dengan kasut hijau. Jadi empat hari empat malam, empat baju empat kasut. Selesai,” ujarnya.

Dalam video itu juga, Che Ta turut berkongsi cara-cara meletakkan susunan baju yang dipilih itu ke dalam bagasi termasuklah kasut.

Bagaimanapun kata Che Ta menepis dakwaan mengatakan anak-anaknya tidak pandai berdikari.

“Orang kata anak-anak Che Ta ni tak berdikari ke, eh tidak lah kami buat apa kami nak buatlah packing baju untuk anak-anak,” katanya sambil mengemas.

@rozitachewan1 Semua mak2 nak bagi the best utk anak2 betui dak ? Nanti hampa dah menikah pandai2 laaaaa caqi bini yg boleh jaga hampa pulak??? jgn dok qeyau kat aku kalau bini buta warna nanti ???? . #ammar #cheta #rcw #rozitachewan #tudungbawalcheta #royalqueen #zsrcw #fyp ♬ original sound - ROZITA CHE WAN

Dalam pada itu di hantaran yang sama, Che Ta juga sempat mengusik anaknya dengan menulis kapsyen:

“Semua mak mak nak bagi the best untuk anak-anak betui dak? Nanti hampa dah menikah pandai pandai lah caqi bini yang boleh jaga hampa pulak.

“Jangan dok qeyau kat aku kalau bini buta warna nanti,” tulisnya dalam loghat Utara.

Terdahulu, Che Ta mengakui sangat menitikberatkan penampilan anak-anaknya ketika keluar ke mana sahaja.

Malah anak sulungnya, Ammar Effendy mendedahkan Che Ta tidak membenarkannya memakai selipar ketika keluar walaupun hanya ingin ke kedai serbaneka.