Hiburan

"Nanti Kami Seru Geng Bawang Holand..." – Akaun Facebook Digodam, Warganet Bantu Erra Fazira Buat Laporan

gempak
Zulaikha Yusof
02/04/2020
05:34 MYT
Sponsor Banner
"Nanti Kami Seru Geng Bawang Holand..." – Akaun Facebook Digodam, Warganet Bantu Erra Fazira Buat Laporan
Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira, 46, memohon bantuan pada semua pihak untuk tidak lagi mengikuti akaun Facebook miliknya yang telah digodam oleh pihak yang tak bertanggungjawab.
Kata Erra, sehingga hari ini akaun tersebut masih aktif dan mempunyai ramai bilangan pengikut.
"Assalamualaikum.. Saya rasa saya dah pernah warwarkan dan saya mohon untuk unfollow Facebook ini..
"Tapi nampaknya Facebook ni terus aktif dan ramai pulak pengikut. Risau saya," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Pemilik nama Fazira Wan Chek ini mendedahkan akaun terbabit sudah berkongsi perkara-perkara yang tidak baik kepada umum.
"Dah la akaun ni post macam-macam benda yang tak sepatutnya..
"Nak buat macam mana yaa?? Ada yang boleh bagi idea??" tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi cadangan meminta Erra untuk melaporkannya.
Malah, ada segelintir warganet yang rela hati untuk membantu menghebahkan supaya akaun itu dapat ditutup.
"@hattadolmat_: Boleh report rasanya.
"@ainsofea88: Nanti kitorang seru geng bawang holand pakat ramai-ramai report ye kak Erra.
"@mohdfizie: Lebih baik report je kak bahaya kalau macam ni," antara komen-komen yang ditulis.
Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 2,908 orang dengan 45 rekod kematian setakat 1 April.
Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live