KELUANG MAN
Keluang Man Wonda Fun Run Best! Nas Terharu Lihat Ramai Beri Support - “Ada Yang Pakai Sut Keluang Man & Bawa Topeng…”
Pelakon filem ikonik superhero negara, Keluang Man, Nas Muammar Zar meluahkan rasa terharu melihat rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap filem tersebut di acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run yang berlangsung pada Ahad.
Terharu lihat sokongan terhadap Keluang Man
Menurut Nas, ramai yang hadir dengan memakai sut Keluang Man rekaan sendiri dan secara tidak langsung dia sendiri mengagumi kreativiti mereka dalam menterjemahkan sokongan terhadap superhero tersebut.“Ramai yang panggil saya Keluang Man tapi itu perkara biasa tapi ramai juga yang sambil sambil kita lari tu dia ambil gambar.
Nas berkata demikian ketika ditemui Gempak sejurus tamat acara Keluang Man WONDA Fun Run bertempat di Menara DBKl, Kuala Lumpur.“Ada yang pakai sut Keluang Man, ada yang bawa topeng, memang kreatif, kami yang team Keluang Man memang rasa sangat terharu sebab nampak sokongan daripada orang Malaysia, best!” ujarnya.
SAKSIKAN VIDEO TEMU BUAL PENUH DI ATAS
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan pada Sabtu selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial.
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.
Must-Watch Video