Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nash Sebak Imbau Kenangan ‘Dimarahi’ Jay Jay - “Saya Kena Marah Dengan Dia Sebab…”

Gempak
05/08/2024 06:45 MYT
Penyanyi Datuk Nash tidak dapat menahan air matanya apabila menceritakan semula momen ‘dimarahi’ Jay Jay kerana tidak dapat menghayati lagu ciptaan arwah pada ketika itu iaitu, Pada Syurga Di Wajah Mu.

Menerima teguran Jay Jay dengan hati terbuka, Nash mengakui lagu itu terus menjadi siulan pendengar dan peminat sehingga hari ini.

Dimarahi

"Saya nak bagi tahu di sini lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu adalah air tangan dia. Dia bermain muzik dalam lagu itu. Ketika itu juga saya kena marah dengan dia sebab saya tidak dapat penghayatan peringkat awalnya.

"Tetapi dengan dia, dia beri sentuhan seorang komposer dan sebagai seorang produser saya terima hakikat itu. Boleh dikatakan waktu itu saya macam fed-up ketika itu tetapi dia bagi saya semangat sebab yang pertama lagu itu tinggi yang kedua lagu itu berkisahkan tentang rumahtangga. Jadi saya dapat menghayati.

"Hayati dalam persembahan saya itu adalah kerana air tangan dia dan datang daripada jiwa dia. Dia transferkan jiwa dia dalam bentuk lagu itu, katanya.

Menurut Nash, sebagai rakan artis, Allahyarham dilihat merupakan seorang yang sangat baik hati dan mudah menyapa sesiapa sahaja yang dijumpainya.

"Dia merupakan orang yang sangat baik. Saya banyak belajar dengan dia kerana ilmu nyanyian dia sangat mantap. Dia merupakan seorang sahabat, seorang komposer, seorang penggubah lagu dan seorang pemuzik yang sangat baik," katanya ditemui di Masjid Al-Husna Subang pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Konsert Untuk Beri Kembali Kepada Masyarakat, Siti Nurhaliza Bawa Jay Jay & Ernie Zakri Dalam Satu Suara Vol. 3

ARTIKEL BERKAITAN: Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa

Vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata, banyak memori sukar dilupakan ketika merakamkan lagu malar segar berkenaan.

Mengulas lanjut, Nash berkata, pemergian arwah adalah satu kehilangan besar buatnya.

"Banyak yang kami kongsi ketika dalam studio rakaman. Saya banyak belajar ilmu dengan arwah. Ilmu nyanyiannya sangat mantap.

"Kita kehilangan sebutir lagi mutiara dalam industri. Gurau senda, ketawa, marah, semuanya ada.

"Alhamdulillah, Allah beri keizinan saya untuk bertemu dan melawat di Institut Jantung Negara (IJN) ketika masih dalam rawatan. Harapan saya, kita dapat mendoakan Allah angkat darjat dan masukkan arwah dalam syurga serta ampunkan segala dosanya," katanya.

Terdahulu, Allahyarham Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, jam 11.15 Isnin.

Sekitar 200 ahli keluarga, saudara mara dan kenalan Allahyarham Jay Jay mengiringi perjalanan akhir penyanyi Rindu Bayangan itu.

Antara yang hadir termasuklah penyanyi Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk DJ Dave, Datuk Nash, Zamani Slam, Datuk Ramli Sarip, Ruhil Amani, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Allahyarham Jay Jay, 67, meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.

#Nash #Jay Jay #Dimarahi #Pada Syurga Di Wajah Mu #Sebak.