Penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa Yuna mencuri perhatian wargamaya apabila bertemu aktor Hollywood dari Malaysia, Henry Golding.

Menerusi laman sosial Instagram, Yuna memuat naik sekeping gambar swafoto yang turut disertai suaminya, pengarah Adam Sinclair.

“Just a bunch of Malaysian Kids in LA,” tulis Yuna ringkas di ruangan komen.

Ketiga-tiga anak Malaysia ini dilihat mengambil swafoto di hadapan sebuah restoran di Los Angeles, Amerika Syarikat.

just a bunch of malaysian kids in LA

A post shared by Y U N A (@yuna) on


Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja dengan pertemuan ini.

“Inilah skuad nasi lemak,” usik seorang wargamaya.

“Idola saya dalam satu gambar,” komen seorang wargamaya.

“Stay safe semuanya. Nampak korang baik-baik je,” pinta seorang wargamaya.

“Orang-orang berjaya kegemaran saya,” kata seorang wargamaya lagi.

Dalam perkembangan lain, Henry Golding baru sahaja tampil dalam sebuah filem aksi Hollywood berjudul The Gentleman.

Selain Golding, filem ini turut dibintangi bintang popular seperti Matthew McConaughey, Hugh Grant, Charlie Hunnam, Colin Farrell dan ramai lagi.