Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Nasib Baik Bukan Baby Boy…”- Raja Ilya Teruja Umum Jantina Bayi!

Syafiqah Jalal
05/04/2022 02:50 MYT
Pelakon Raja Ilya teruja apabila mengumumkan dia dan suami, Trent Garret bakal menimang cahata mata perempuan.

Acara ‘gender reveal’ secara ringkas dan sederhana itu diadakan bersama keluarga mentuanya di Australia.

“Wow sangat excited (teruja). Memang nak sangat bayi perempuan sebagai anak pertama.

“Bolehlah melaram sekali nanti. Syukur alhamdulillah. Dia tahu yang terbaik buat kami,” tulisnya.

Ilya berkongsi rakaman video yang mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya di Instagram.

Menerusi rakaman video itu menunjukkan suaminya serta ahli keluarga mentuanya memotong kek berwarna coklat yang mempunyai krim berwarna merah jambu di tengah-tengah lapissnnya.

Garret yang memotong kek itu mengesahkan bayi dalam kandungan isterinya sebagai perempuan.

“Ia merah jambu. Maksudnya, bayi le…, maaf, perempuan,” kata Garret dalam video berkenaan.

Sementara itu Ilya turut memberitahu dia sememangnya mengharapkan kehadiran bayi perempuan dalam keluarga.

“Allah tahu yang terbaik untuk kami. Nasib baik bukan bayi lelaki. Kita tak ada pengalaman sangat mengendalikan bayi lelaki.

“Sebelah (keluarga) Garret pula, semua lelaki. Jadi, mereka memang mengharapkan ada bayi perempuan dalam keluarga,” tulisnya lagi.

Ilya yang menetap di negara kelahiran suaminya, Australia sejak 2019 turut mengucapkan terima kasih atas doa pengikutnya yang rata-rata berharap bayi yang bakal dilahirkan itu nanti dalam keadaan sihat.

“Ramai yang teka bayi lelaki. Saya hargai tekaan anda semua. Paling penting, bayi sihat walafiat. Terima kasih untuk semua doa dan ucapannya,” katanya lagi.

Terdahulu, Ilya mengumumkan dirinya hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki lima bulan. Dia dijangka bersalin sekitar Julai nanti.

Untuk rekod, Ilya dan Garret melangsungkan pernikahan pada 23 Disember 2018.

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

#pelakon #Raja Ilya #Baby #Bayi #Boy #Jantina #Girl
;