Pelakon Zahirah Macwilson mengimbas kembali sewaktu pertama kali bertemu janji dengan aktor, Aiman Hakim Ridza yang juga kini sudah menjadi suaminya.

Menurut Zahirah temu janji atau ‘dating’ itu adalah malam sebelum dia memulakan penggambaran hari pertama filem Bulan & Pria Terhebat (BPT).

Bercerita mengenai hasil pertemuan tersebut, Zahirah berpendapat ia pertemuan yang baik.

“Kembali ketika hari pertama saya di set penggambaran BPT. Saya ingan lagi pengarahnya Ghaz Abu Bakar beritahu saya untuk berjalan seperti lagak seorang lelaki.

“Naik tangga pun kena langkah macam jantan sikit, tapi kadang-kadang terlupa hahaha I had to work on that!!

“Ia sangat menyeronokkan dan mencabar untuk menjadi seorang yang sepenuhnya berbeza karakter untuk pertama kali.

“Fakta menarik, malam sebelum itu adalah first date saya dengan Aiman. Saya rasa ia adalah dating yang baik kerana syukurlah saya tidak perlu mencuba pergerakan pertarungan saya terlebih dahulu,” katanya berseloroh.

Zahirah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto babak ketika dalam penggambaran BPT.

Penggambaran yang dijalankan empat tahun lalu itu turut menampilkan pelakon lain seperti Maya Karin, Zizan Razak, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Mengulas mengenai persiapannya sebelum memulakan penggambaran filem aksi komedi itu, Maya memberitahu dia menjalani latihan fizikal selama seminggu.

“Latihan fizikal sangat penting, demi memastikan kareografi yang dihasilkan nanti dilihat ‘real’.

“Jadi mereka memang memastikan kami sebagai pelakon menjalani latihan secukupnya.

“Kami mendapat latihan pakar dari aksi filem yang berasal dari Indonesia,” katanya lagi.

Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu sedang ditayangkan di Astro First sejak 11 Mac lalu.

Secara ringkas filem arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Jangan lupa saksikan filem Bulan & Pria Terhebat di pawagam rumah anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)