Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nasib Malang! Upah Pekerja Cuci Kolam, Last-Last Habis Semua Ikan Koi Ini...

Hanafis Haris
21/09/2020 11:13 MYT

Malang buat seorang penghuni rumah apabila puluhan ekor ikan Koi yang dibela di dalam kolamnya mati secara serentak.

Kisah tersebut tular di media sosial apabila dikongsi oleh seorang individu dikenali sebagai Toon Seri.

Menerusi posting tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku selepas pemilik rumah itu mengupah seseorang untuk mencuci kolam.

Walaubagaimanapun, tindakan tersebut telah membawa nasib malang apabila ikan Koi yang bernilai lebih ribuan ringgit itu mati kesemuanya.

“Saya betul-betul marah, harini saya akan gila.

“Saya mengupah seorang pekerja untuk bersihkan kolam ikan, dia betul-betul bersihkan tapi ikan saya mati.

“Apa yang anda fikir saya harus berurusan dengannya,” katanya.

Posting tersebut telah mencuri tumpuan ramai apabila ia dikongsi sebanyak 3,000 kali di Twitter.

Rata-rata netizen menganggap kejadian tersebut harus dijadikan pengajaran kerana pembersihan kolam sebenarnya memerlukan teknik yang

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #IkanKoi