Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Nasihat Aliff Syukri Untuk Suami Isteri Berdepan Masalah Rumah Tangga - “Perempuan Kalau Dah Kecewa & Marah…”

Asyikin Mayudin 17/05/2025 | 04:55 MYT
Isu rumah tangga menjadi perbualan di sosial media, usahawan sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi nasihat buat suami agar lebih cakna dalam memahami emosi serta perasaan isteri.

Perubahan emosi

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff berkata suami sepatutnya lebih peka terhadap perubahan emosi pasangan, terutamanya ketika berlakunya pergaduhan atau perselisihan faham dalam rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Disaman Sebab Bag Sama ‘Design’, Aliff Syukri Akui Terkilan - “Saya Punya Niat Meniaga Bukan Sebab Nak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri Aliff Syukri Kongsi Jumlah Kos Perbelanjaan Barang Rumah Cecah RM60,000 - “Rezeki Saya Alhamdulillah”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Serik Hadap Kawan Hipokrit, Dedah Sedang ‘Fight’ Dapatkan Hak Lebih RM50 Juta Daripada Penghutang– “Kita Pula Jadi Pengemis”

“Perempuan kalau dah kecewa dan marah, ayat yang dia kata nak ceraikan dan lepaskan aku tu sebenarnya dia nak kau pujuk. Dia nak kau peluk, manjakan dia.

“Bukannya kau biarkan dia keseorangan, tak tentu hala. Kau sebagai pasangan dan suami, jangan bagi dia keseorangan.

“Perempuan bila dah penat, dia akan cakap macam-macam tapi ingat apa yang dia cakap tu, tak betul. Sebenarnya dia perlukan belaian dan kasih sayang. Jangan biarkan perempuan dengan emosi dia,” kongsinya.

Harapkan perhatian

Menurut Aliff, ada kala isteri yang meminta untuk bercerai tidak mempunyai niat berpisah, sebaliknya ia sekadar petanda mereka sedang kecewa dan mengharapkan perhatian daripada suami.

“Ingat, kalau dia kata nak bercerai tu sebenarnya dia nak peluk. Bila dia kata lepaskan saya bermakna dia nak dekat dengan awak dan dia telah kecewa dengan awak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff turut menasihatkan agar para suami sentiasa menurunkan ego demi menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga.

“Dalam kehidupan rumah tangga, tak ada yang sempurna. Turunkan ego, selalu mengalah. InsyaAllah kebahagiaan akan menjadi milik anda,” katanya lagi.

undefined
#cerai #Suami #Isteri #Aliff Syukri #Rumah tangga #Suami Isteri #Berpisah