Nas-T Dan Atita Haris Bakal Berkahwin, Status Ibu Tunggal Bukan Halangan
Pelakon dan DJ terkenal, Nas-T mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan model berhijab terkenal Instagram, Atita Haris.
Menurut Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Bin Nasruddin, perkenalan mereka bermula atas bantuan majikan sewaktu bekerja di bawah satu satu syarikat yang sama.
"Kami bekerja di bawah satu syarikat. Dia adalah model dan duta produk Hijab Wash, manakala saya pula duta produk makanan tambahan bagi membina badan. Memandangkan ketika itu kedua-duanya solo, jadi majikan cuba menyatukan kami dengan mencadangkan supaya saling berkenalan.
“Sejak itu, kami semakin rapat dan membawa hubungan ini ke fasa serius,”jelas Nas-T.
Tambah Nas-T lagi, kedua-dua keluarga merestui hubungan mereka dan tidak kisah dengan status Atira sebagai seorang ibu tunggal.
"Saya tahu status Atita sejak hari pertama berkenalan lagi. Bagi saya status bukanlah halangan dalam sesebuah hubungan. Lagipun perkara ini berkaitan dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah SWT. Tidak adil untuk menilai seseorang disebabkan status yang dimiliki.
"Alhamdullillah, segala perancangan dipermudahkan. Syukur kedua-dua keluarga juga merestui hubungan kami. Itulah yang paling penting. Buat masa sekarang, persiapan kahwin sudah siap 70 peratus. Tinggal lagi beberapa perkara kecil untuk diselesaikan," ujarnya lagi.
Pasangan ini dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada 4 Mac yang akan datang.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: Harian Metro