Hebat betul penangan drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) lakonan Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya ini ya.

Kalau sebelum ini hidangan bubur Durian menjadi trending, kali ini masakan telur dadar pula yang menjadi perhatian netizen.

Menerusi platform media sosial di Twitter, rata-rata netizen sudah pun menamakan hidangan tersebut sebagai telur dadar Maisara.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mula meminta resepi telur dadar tersebut selain memberikan komen-komen lucu terhadap watak Nazril dan juga Kasih Maisarah.



RASN dibintangi oleh Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha dan ramai lagi.

RASN yang kini sedang disambung lapan episod ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

RASN juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

BACA: Surprise! 'Rindu Awak Separuh Nyawa' Akan Disambung Lagi 8 Episod!