gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Yuri Girl’s Generation Jadi Guru Yoga, Duit ‘Gaji’ Buat Bantu Anjing Jalanan
HOLLYWOOD
Bakal Jadi Isteri Benny Blanco, Selena Gomez Tak Mahu Kek Kahwin
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Bukan Dalam ‘Plan’, Rayme Tak Sangka Alpha Berlari Naik Pentas - “Saya Hanya Fikir…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Surprise! 'Rindu Awak Separuh Nyawa' Akan Disambung Lagi 8 Episod!

Amri Hassan
Amri Hassan
31/05/2021
15:00 MYT
Sponsor Banner
Surprise! 'Rindu Awak Separuh Nyawa' Akan Disambung Lagi 8 Episod!
Sebagai menghargai sokongan peminat drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa yang sarat emosi dan air mata adaptasi novel terbaik karya Siti Rosmizah akan bersambung!
Popular dengan karya-karya hebat seperti Curi Curi Cinta dan Lafazkan Kalimah Cintamu, pastinya pengikut Siti Rosmizah tak keruan menantikan kesudahan drama ini.
Sebagai hadiahnya, kisah Nazril Nazim dan Kasih Maisara tidak akan terhenti separuh jalan dan akan ditambah sebanyak lapan episod sehingga 14 Jun nanti.
Jadi, anda akan dapat terus mengikuti kisah penuh emosi ini sepanjang tempoh total lockdown kali ini.
Lebih menarik, akan ada kejutan juga kepada peminat setia drama ini pada episod akhirnya nanti! Nak tahu? Tunggu...
Agak-agaknya apakah yang akan terjadi kepada Nurul Huda pada akhir kisah ini?
Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan seorang gadis bernama Kasih Maisara yang sombong dan bongkak.
Namun pertemuan dengan Nazril Nazim membuka lembaran baru dalam hidupnya. Niat pada mulanya hanya kerana dicabar, akan tetapi akhirnya bertukar menjadi cinta.
Saksikan drama hebat lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
RASN turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
#Uqasha Senrose
#Shukri Yahaya
#Marsha Milan
#Rindu Awak Separuh Nyawa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement