Perkongsian seorang wanita di platform X berjaya menarik perhatian netizen baru-baru ini apabila telah menerima hadiah produk jenama La Mer daripada jirannya.

Lebih menarik lagi apabila pemberian hadiah tersebut adalah dari pelakon, Nazim Othman.

Menerusi perkongsiannya, wanita tersebut telah memuatnaik tangkap layar perbualannya antara Nazim dan gambar hadiah yang telah diterima itu.

“When your neighbour is the best, bagi raya gift La Mer. Macam ni tak mau pindah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut berkongsi mengenai sifat keperibadian Nazim yang dianggap sebagai jiran yang baik dan suka bersedekah.

“Nazim othman actor tu ke neighbour you? Lain macam best dapat neighbour bagi La Mer?,” soal salah seorang pengguna X.

“Since banyak tanya Yes he is. Bukan first time dia bagi gift tapi banyak kalau kali. Dia memang baik and suka hantar food jugak,” balas wanita tersebut.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen teruja dan cemburu dengan pemberian hadiah tersebut.

“Bestnya jiran dengan Nazim Othman.

“Moisturizer dia ja separuh gaji aku, tapi punya best jiran kau bagi La Mer.

“Baiknya Nazim.

“I dapat company gift La Mer pun happy gila. Apatah lagi kalau jiran sebelah bagi. Lagi rasa dihargai gitu,” komen beberapa netizen.

Berita Trending: Bertengkar Dengan Suami, Ibu Buang Anak OKU Dalam Sungai Penuh…

Berita Trending: Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab…