HIBURAN
Nazim Othman Buat Rawatan ‘Face Lifting’ Selepas Mengadu Ada Garis Bawah Mata, Netizen Pesan: “Berpada-Pada, Dah Handsome Semula Jadi”
Aktor, Nazim Othman mencuri perhatian apabila berkongsi rakaman video yang memaparkan dia menjalani rawatan wajah di sebuah klinik estetik.
Mengadu Ada Garis Bawah Mata
Menerusi perkongsian di TikTok, Nazim sedang membuat rawatan wajah bertujuan untuk menegangkan dan meremajakan semula wajah.
Dalam sesi rawatan tersebut, seorang pakar klinik tersebut memaklumkan Nazim mengadu kepadanya bahawa ada garisan dibawah mata.
“Rawatan ini dinamakan ‘baby face therapy’. Ia macam face lifting tetapi bukan cara operation. Kita pakai filler untuk naikkan muka dan meremajakan muka awet muda,” ujar pakar tersebut yang dikenali sebagai Doktor Teo.
Menjengah ke ruangan balas, ada netizen menyokong cara Nazim menjaga penampilan diri dengan menjalani rawatan wajah tersebut.
Netizen Komen 'Beauty Is Pain'
Namun ada juga netizen lain berpendapat pelakon itu sudah cukup tampan tanpa perlu sebarang rawatan tambahan.
“Biasalah bang.. masuk 4 series ni tak boleh elak, buat treatment pun tak tahan Lama. kena buat lagi. Kena standby duit sajalah,” komen netizen.
“Wowww bertambah remaja gitu, nak buat juga lah. Mahal tak?,” soal netizen.
“Abang jangan repair banyak sangat. Berpada pada, bagi kami abang ni macam Tom Cruise Malaysia sebab hensem dari muda dan tua tak berubah. maintain hensem,” pesan netizen.
“Betul la beauty is pain,” komen netizen lagi.
“Buat apa nak buat benda tu?? Awak dah hensem semula jadi,” komen netizen.