HIBURAN

Nazim Othman Jadikan Ammar Ayan Sumber Inspirasi - “Lagu Kebangsaan Dia Adalah Lagu Tema Saya”

Ainun Md Zooki 05/08/2025 | 20:55 MYT
Pelakon Nazim Othman mengakui anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Shukri, Ammar Ahyan sebagai sumber inspirasinya dalam dunia perniagaan.

Menerusi potongan klip dari siaran langsung di TikTok, aktor itu tidak menafikan Ammar sedikit sebanyak membantu menaikkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.

“Saya berniaga kerana Ammar sahaja. Kalau orang lain, saya tidak rasa macam bersemangat untuk ceburi bidang perniagaan.

“Ammar adalah inspirasi saya,” katanya.


Tambahnya lagi, jika dia berasa tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu, dia akan membuka lagu kegemaran Ammar iaitu Nyalakan Tekad.

“Lagu kebangsaan Ammar sekarang adalah lagu tema saya sekarang.
Bila saya buka lagu tu, terus bersemangat pergi gym.

“Bila tidak bersemangat nak buat siaran langsung, buka je lagu kebangsaan Ammar semangat tu terus ada,” jelasnya.

Pengakuan Nazim mengundang perhatian orang ramai yang rata-rata terhibur melihat gelagat aktor itu.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Hahahahah lagu kebangsaan ammayan. Tapi memang naikkan semangat pun lagu ni.”

“Nazim ni Kalau berjumpa dengan Ammar mesti Ammar akan panggil dia Encik Nazim.”

“Ingatkan Aku sorang je yang minat lagu ni, rupanya ramai juga,”komen netizen.

BERITA BERKAITAN: Nazim Othman Buat Rawatan ‘Face Lifting’ Selepas Mengadu Ada Garis Bawah Mata, Netizen Pesan: “Berpada-Pada, Dah Handsome Semula Jadi”

BERITA BERKAITAN: Nazim Othman Mahu Kembali Berumah Tangga, Mohon Doa Daripada Netizen

BERITA BERKAITAN:Nazim Othman Beri Hadiah Produk Kecantikan Popular Kepada Jiran - “Dia Memang Baik, Bukan First Time Dia Bagi..”

BERITA BERKAITAN: Netizen Laju Komen Video Nazim Othman Tayang Six-Pack - “Kalau Post Fasal Hasil Kerja…”

#Nazim Othman #Inspirasi #Ammar Ahyan