Pengsohor dan selebriti media sosial, Nazreem Musa mendedahkan yang dia bercadang untuk memotong rambut jika diberikan rezeki menunaikan haji buat kali yang kedua.

Nazreem berkata, ketika menunaikan haji kali pertama sekitar empat tahun lalu, dia tidak berkesempatan untuk bercukur atau memotong rambutnya yang ketika itu masih panjang.



“Saya pernah terfikir satu hari nanti nak potong rambut. Insya-Allah kalau diberikan rezeki untuk tunaikan haji buat kali yang kedua.

“Dan ramai juga yang tak tahu saya dah menunaikan haji pada 2018 sebelum pandemik. Ketika itu saya pergi dengan ibu saya. It was a good Hajj,” katanya kepada Gempak.

Selain rambut, abang kepada Ummi Nazeera itu turut bercerita mengenai gaya-gaya fesyen yang dikongsikan di Instagram sehingga menjadi sorotan netizen.



Katanya, setakat ini, dia tidak pernah menerima sebarang kecaman atau kritikan. Sebaliknya, pengikut di laman sosial sentiasa positif dan memberikan respons yang baik terhadap setiap perkongsiannya.

“Kalau kritikan tu, saya tak tahu sebab tak pernah tengok. Tapi so far, alhamdulillah, saya tengok semua supportive terhadap apa yang saya kongsikan.

“Saya suka benda cantik dan dalam masa sama tak suka associate fashion with gender. Kalau saya suka saya pakai.

“Tapi, apa yang saya gayakan bertepatan dengan acara yang saya hadir. Contoh kalau majlis rasmi, saya akan kenakan baju melayu atau sut,” katanya lagi.

Ditanya apakah perasaan sering dipuji sebagai invidu yang kacak dan cantik, Nazreem menjawab: “Alhamdulillah,” tuturnya sambil tertawa.

BACA: "Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen"Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!

BACA: Daiyan Trisha Akui Rapat Dengan Abang Ummi Nazeera, Tapi..

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!