Melihat pada beberapa perkongsian gambar Daiyan Trisha bersama abang kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa, mungkin ada yang bertanya, apakah status mereka sebenarnya?

Berkesempatan bertemu dengannya, penyanyi lagu Penat itu mengakui rapat dengan Nazreem selepas mengenalinya sejak dua tahun lalu.

Daiyan berkata, dia memang menyayangi lelaki itu, tetapi tidak lebih daripada hubungan sahabat baik.

“Dia (Nazreem) merupakan sahabat baik saya. Kami bestfriends. Mungkin disebabkan kami rapat, orang ingat kami bercinta. Tambahan pula kami juga kerap pergi ke acara bersama-sama.

“Ya kami rapat tetapi saya dan dia tiada hubungan istimewa. Kami berkawan baik dan rapat sejak dua tahun lalu.

“Sejujurnya, saya sayang dan selesa berkawan dengan Nazreem. Bukan ‘friendzone’ tetapi memang terus selesa ketika mula-mula berkenalan,” katanya kepada Gempak.

Daiyan ditemui pada majlis pelancaran telefilem Rompak di Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur semalam.

Selain Daiyan, telefilem yang bakal menjalani penggambaran pada Februari depan turut dibintangi oleh Zizan Razak, MK K-Clique dan Chubb E.

Melanjutkan bicara mengenai status terkini, pelakon drama Projek: Anchor SPM itu menegaskan yang dia masih single dan tidak mempunyai kekasih. Katanya, dia mahu menumpukan perhatiannya pada kerjaya.

"Sekarang saya single, nak fokus pada karier. Bagaimanapun, tak ada lah sepanjang 10 tahun dalam industri saya sentiasa single.

"Barangkali saya merupakan seorang yang sukakan privasi. Walaupun private tapi bukan rahsia. Macam peminat mungkin boleh tahu saya ada seseorang atau tidak.

"Cuma sekarang ini, saya tak ada sesiapa dan memang hanya nak tumpu kepada kerjaya sahaja," tutupnya.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​