Neelofa Kongsi Petua Kulit Cantik

Ahmad Shah
Oktober 17, 2016 05:42 MYT
Pelakon Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor, 27, berkongsi petua penjagaan kulit yang diamalkan supaya sentiasa kelihatan cantik, bersama peminat.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Neelofa memuat naik foto bahan-bahan yang digunakan untuk mengekalkan keremajaan kulit dari dalam serta menerangkan tentang cara-cara menyediakan jus yang diamalkan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah separuh batang timun, setengah biji ubi bit atau beetroot dan sedikit buah beri serta sayuran mengikut kesukaan masing-masing

Semua bahan itu dijadikan jus kemudian diminum setiap pagi.

Berikit merupakan posting yang dimuat naik Neelofa:

Pelakon drama berseri Suri Hati Mr.Pilot itu berkongsi tips tersebut selepas terdapat peminat dan pengikut Instagram miliknya bertanya mengenai penjagaan kulit hariannya.
Teks oleh: Syafiqah Jalal

#SuriHatiMrPilot #pelakon #Neelofa #Meletop #Pelakon