Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Neelofa Memang Sejenis 'Laparkan' Perhatian, Sengaja Cari Masalah" - Pengarah Drama Nur

Zulaikha Yusof
04/05/2021 00:20 MYT
Pengarah Shahrulezad Mohameddin tampil menasihati pengacara dan usahawan Neelofa susulan kontroversi yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menurut Shahrulezad, dia menyarankan agar Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor memperlahankan daripada berkongsi segala aktiviti di laman media sosial.

"Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.

"Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet ja pun.

"Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai," katanya menerusi entri di Facebook.

Tambah Shahrulezad, kadang kala dia merasakan isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz ini seorang yang 'dahagakan' perhatian.

Mengulas lebih lanjut, dia menyifatkan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini sengaja menimbulkan masalah dengan netizen kerana tahu ada mata-mata sentiasa memandang.

"Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?

"Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?

"Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau.

"Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?" katanya lagi.

Dalam pada itu, Shahrulezad menyatakan dengan imej berniqab, Neelofa sepatutnya dipandang tinggi bukan semakin dibenci disebabkan salah diri sendiri.

"Dah alang-alang nak berniqab satu badan tu awak 'niqab' la sekali media sosial awak tu. Back off a bit.

"Jangan meminta sangat caci maki orang Lofa sayang. Tak kesian dengan diri sendiri ke? Bulan puasa ni adik.

"Aku cakap ni sebab aku dah tak larat tengok orang buat dosa mengata kau, mengeji kau sedangkan imej mulia-mulia kau tu sepatutnya tidak dikecam begitu.

"Imej-imej seperti ini sepatutnya disayangi ramai bukannya semakin dibenci disebabkan telatah sebegini," tulis pengarah drama Nur ini.

Pada Ahad, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Stories yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di Nilai 3 bersama Riz sebelum bertindak memadamkannya.

BACA: Selepas Langgar SOP & Kena Kompaun, Neelofa Didakwa Rentas Negeri Lagi Pergi Kedai Karpet Pulak - "Nilai Tu Bawah Negeri Selangor Ke?"

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superitandan Mohd Fazley Ab Rahman, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan dalam masa terdekat ini.

BACA: Isu Rentas Negeri Pergi Kedai Karpet Di Nilai, Polis Panggil Neelofa & PU Riz Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, Neelofa dan Riz masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri.

BACA: Ingkar SOP, Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60,000!


#Neelofa #Pengarah Drama #Karpet #Nilai 3
;