Laman Utama

Isu Rentas Negeri Pergi Kedai Karpet Di Nilai, Polis Panggil Neelofa & PU Riz Untuk Beri Keterangan

gempak
Zulaikha Yusof
03/05/2021
10:29 MYT
Sponsor Banner
Isu Rentas Negeri Pergi Kedai Karpet Di Nilai, Polis Panggil Neelofa & PU Riz Untuk Beri Keterangan
Selebriti sensasi, Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa 'merentas negeri' ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.
Pada Ahad, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di Nilai 3 bersama suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz, sebelum bertindak memadamkannya.
BACA: Selepas Langgar SOP & Kena Kompaun, Neelofa Didakwa Rentas Negeri Lagi Pergi Kedai Karpet Pulak - "Nilai Tu Bawah Negeri Selangor Ke?"
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superitandan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pada 3 Mei lalu, pihaknya telah menjalankan siasatan berkaitan gambar dan video Noor Neelofa Mohd Noor serta suami di laman sosial, ketika berada di sebuah premis perniagaan di Nilai 3.
Katanya, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini, Neelofa dan Haris masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri.
BACA: Ingkar SOP, Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60,000!
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live