Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Neelofa Pilih Konten Untuk Anak Tengok - “Bab Screen Time Saya Rasa Berbaloi Kawal”

Mya Amri
20/12/2023 01:10 MYT
Pelakon dan pengacara, Neelofa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anaknya.

Menurut Neelofa, dia semenangnya memberikan perhatian dan menitik beratkan pemilihan kandungan sebelum dipertontonkan untuk anak-anaknya.

Hasilnya, Neelofa berasa teruja melihat perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kian fasih membaca huruf bahasa Arab.

“Sebagai seorang ibu, saya tidak tahu nak cakap bangga macam mana apabila Bilal boleh sebut satu satu huruh hijaiyah (huruf arab).

“Kandungan memang saya akan ambil dan pilih untuk dia tengok. Semasa usia setahun 10 bulan, masya-Allah dia boleh kira satu hingga 20.

“Boleh kenal kenal huruf kecil dan besar ABC, Al-Fatihah, selawat dan alif ba ta serta surah-surah pendek yang lain,” tulisnya di ruangan Insta Story.

PILIHAN PEMBACA: Neelofa Akui Tak Cukup 24 Jam Jaga 2 Orang Anak



Dalam pada itu, Neelofa juga mengakui berbaloi mengawal kandungan video yang diberikan kepada anak selepas melihat perkembangan Bilal.

“Tujuannya di sini, memang penat mak ayah nak kawal semua benda, tapi bab screen time dan konten apa mereka tengok, saya rasa berbaloi untuk kawal dan penat.

“Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah S.W.T”, coretnya.

BERITA TRENDING: Taat Suami, Rezeki Neelofa Melimpah Ruah! - "Alhamdulillah, Berkat..."


Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021.

Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.


#Anak #Neelofa #Noor Neelofa #Muhammad Bilal #Pilih Konten
;