Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Neelofa & PU Riz Masih Saling ‘Follow’ Di Instagram

Fiza Kamarudin
27/12/2020 04:14 MYT
Malam tadi nama PU Riz dan Neelofa menjadi 'trending' di laman sosial Twitter gara-gara beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu adik-beradik bekas pengacara MeleTop itu menjadi viral.

Rata-rata netizen memuat naik tangkap layar tersebut di dalam ciapan masing-masing dan berdebat mengenai status hubungan pasangan personaliti tersebut.

Tambahan lagi ibu dan adik beradik Neelofa dilihat berhenti mengikut PU Riz di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun tinjauan Gempak mendapati PU Riz dan Neelofa masih saling mengikuti di antara satu sama lain.

Terdahulu, kecoh apabila kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Story, didakwa ditujukan kepada seseorang.

Selain Noor Nabila adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan serta sepupu-sepupu mereka turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram Story masing-masing.

Menambah curiga apabila ibu Neelofa, Noor Kartini juga membuat perkongsian di ruangan sama dengan berkongsi sepotong ayat memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.

Sehingga hari ini, usaha untuk mendapatkan Neelofa dan PU Riz masih menemui jalan buntu kerana kedua-duanya mendiamkan diri.

Tiada apa-apa kemaskini terbaru di laman sosial kedua-dua personaliti sama cantik sama padan tersebut.

[[BACA: Ibu & Adik Beradik 'Unfollow', Padam Foto Pertunangan...Viral Whatsapp PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?]]

#Neelofa #Bertunang #PU Riz #Dugaan Bertunang
;