,
Laman Utama

Ibu & Adik-Beradik ‘Unfollow’ & Delete Foto Pertunangan…Viral Whatsapp Dakwa PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?

Fiza Kamarudin
26/12/2020
15:44 MYT
Pelbagai spekulasi mengenai hubungan personaliti dan usahawan popular Neelofa, selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram (IG).
Lebih hangat lagi apabila kesemua mereka (ahli keluarga Neelofa) memuat naik status hampir sama di ruangan IG Stories masing-masing seperti memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.
Menerusi tinjauan Gempak di akaun IG ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam. Perkara tersebut yang disedari netizen sejak petang tadi (Sabtu) mula menjadi perbualan dan rata-rata meneka pasangan tersebut kini sedang mempunyai masalah dalam hubungan mereka.
Ada yang berpandapat ikatan pertunangan Neelofa dan PU Riz sudah terputus, namun sehingga kini perkara tersebut belum dapat disahkan.
Lebih panas lagi paparan skrin yang mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sudah berkahwin turut tular di laman sosial.
Menerusi paparan skrin terbabit, ada dinyatakan Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu di Kelantan.
Individu di dalam Whatsapp itu juga mendakwa Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana terkena ilmu pengasih.
Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada pengurusan Neelofa dan PU Riz mengenai dakwaan tersebut belum mendapat sebarang maklum balas.
Apa pun yang berlaku, diharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak, biarpun spekulasi demi spekulasi mula bertebaran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Hiburan

Dalam Diam, Rupa-Rupanya Eyka Farhana Dah Bertunang Dengan Akhyar Rashid - “Salam Tunangku”

gempak
04/11/2024
09:01 MYT
Pelakon filem Polis Evo 3 itu berkongsi berita gembira itu di laman instagramnya pada Isnin.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Unitar