Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dinobatkan sebagai selebriti paling diperkatakan di Twitter untuk tahun 2020.

Perkara itu diumumkan menerusi kiraan yang dibuat oleh platform media sosial berkenaan.

Menerusi kiraan tersebut, Neelofa berada di kedudukan pertama mmengalahkan pelakon T Vijay, Mew Suppasit dan Yuna, masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Neelofa juga turut menewaskan penyanyi antarabangsa termasuklah Ariana Grander, Justin Bieber dan Ali Gatie.

Untuk kategori K-Pop pula, kumpulan popular BTS meraih tempat pertama mengalahkan EXO dan Seventen yang hanya mampu di kedudukan kedua dan ketiga.

Kumpulan Blackpink pula hanya sekadar di tempat keenam menurut senarai berkenaan.

Dalam perkembangan lain, platform Twitter turut mendedahkan beberapa tanda pagar atau hashtag yang popular digunakan sepanjang tahun ini.

Antaranya adalah #Covid19, #DudukRumah dan #kitajagakita.

Difahamkan, tanda pagar #Covid19 telah digunakan sebanyak 400 juta kali seluruh dunia.