Skip to main content

Neelofa Syukur Dapat Raikan Cinta Aisyah Aziz & Abang Ipar Di Singapura - “Sangat Gembira Alhamdulillah”

astrogempak_neelofa_kongsi_video_majlis_akad_nikah_aisyah_aziz.jpg

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menyaksikan majlis perkahwinan abang iparnya Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail dengan penyanyi, Aisyah Aziz dalam sebuah majlis perkahwinan tertutup yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Neelofa dan suaminya, PU Riz dilihat sedang menaiki penerbangan dari Malaysia ke Singapura demi meraikan hari bahagia pasangan tersebut.


Dalam video itu juga turut memaparkan momen-momen indah sekitar majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid. 

Namun, ianya menjadi sedih apabila Aisyah gagal menahan air mata sewaktu bersalaman dan memeluk ahli keluarganya selepas sah bergelar isteri.

Bagaimanapun, momen itu turut mengundang rasa sebak dalam diri pengasas jenama Nuha itu. 

 

 

“Semoga Aisyah Aziz dan suami terus bahagia hingga akhir hayat syurga Allah S.W.T amiin,” komen netizen. 


Terdahulu, Aisyah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Singapura pada Jumaat.

Dr. Fakhrudin merupakan abang kepada PU Riz, sekali gus menjadikan penyanyi Nur Aishah Aziz, 31, sebagai biras kepada Neelofa.

BERITA BERKAITAN: Aisyah Aziz Selamat Bergelar Isteri Abang PU Riz

BERITA BERKAITAN: Aisyah Aziz Bakal Tamatkan Zaman Bujang Lepas Raya, Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

BERITA BERKAITAN: Gembira Sambut Raya Bersama Anak-Anak, Ibu Aliff Aziz Tak Sabar Nak Tambah Ahli Keluarga Baru - “Insya Allah Tahun…”

BERITA BERKAITAN: Kongsi Amalan Berdoa, Neelofa Dedikasi Satu Doa Khusus Dalam Setiap Sujud - “Kalau Solat 4 Rakaat, Saya Akan…”

  

Must-Watch Video

Advertisement