"Negatif Covid, Positif Handsome" - Aeril Zafrel Syukur Bebas COVID-19

Asraf Aided
Jun 24, 2020 11:42 MYT
Pelakon Aeril Zafrel berkongsi sepotong video ketika melakukan ujian saringan COVID-19.
Menurut Aeril, dia mengalamai rasa kurang sihat baru-baru ini dan mengambil langkah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
"Hari itu rasa tak sedap badan, panggil doktor buat ujian COVID-19," tulisnya di Instagram.
Tambah suami pelakon Wawa Zainal ini, dia bersyukur kerana ujian tersebut telah menunjukkan keputusan negatif.
"Meleleh air mata, keputusan dapat semalam, Alhamdulillah negatif covid, positif handsome," selorohnya.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Aeril meninggalkan respon berbeza, ada yang berkongsi pengalaman membuat ujian saringan COVID-19, ada juga yang menggambarkan rasa pedih ketika melakukan ujian itu.
Untuk perkembangan terbaru COVID-19 di negara kita, kes baru hari ini mencatatkan angka sebanyak enam pesakit.
Jumlah kes sembuh terbaru pula adalah sebanyak 45 orang menjadikan jumlah yang masih aktif dirawat sebanyak 244 pesakit.
Apapun, pastikan anda sentiasa mengutamakan semua langkah pencegahan COVID-19 dan patuhi SOP ketika berada di luar rumah.
#pelakon #Aeril Zafrel #Pelakon #COVID-19