Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nek Kiah Makin Uzur - "Saya Teringin Nak Makan Murtabak Daging..."

Ernalisa
15/09/2024 04:44 MYT

Pertemuan yang menyorot pelbagai rasa dan cerita itu menjentik hati ramai, ironi betapa beruntungnya masih punyai ibu bapa dan pertalian darah untuk saling menyayangi.


BERITA BERKAITAN : 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

BERITA BERKAITAN : “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

BERITA BERKAITAN : Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

BERITA BERKAITAN : Meerqeen & Ezzanie Bongkar Kisah Bos Dari Neraka! | Singgah Set


Rokiah atau lebih mesra dengan sapaan Nek Kiah, 87, mulai mencuri perhatian ramai dengan beberapa edisi video yang tular dirinya masih lancar menghafaz Al-Quran dan bertaranum.

Sempat berseloroh tentang murtabak daging yang diinginkannya, Nek Kiah bersulam tawa katanya gigi masih kuat!


"Jika ada bagus... tak ada pun tak mengapa.


"Kalau murtabak tu saya rasa masih boleh gigit perlahan-lahan sebab murtabak tu kan lembut," katanya.

Nek Kiah yang juga petah berbahas Inggeris turut meluahkan rasa syukur ditempatkan di rumah perlindungan berkenaan.

"Faizah (pemilik bangunan) ini baik.. rumah bersih, bibik pun baik-baik uruskan kita. Saya suka duduk sini. Semua orang bekerjasama.


"Kadang-kadang saya fikir... kalau tak da orang macam Faezah apalah nasib saya?" getusnya.

Bekas guru yang tidak lokek dengan senyuman dan gelak tawanya itu juga dilihat mudah menyapa sesiapa sahaja pelawat yang menziarahi rumah jagaan itu.

#makan #Teringin #Uzur #martabak
;