Hiburan
“Nervous Pula Bila Duduk Sebelah” – Lama Tak Shooting Sama, Aeril Zafrel Malu-Malu Tengok Wawa Zainal
Pelakon Aeril Zafrel akui berdebar kerana sudah lama tidak menjalani penggambaran bersama isteri kesayangannya, aktres Wawa Zainal.
Aeril berkongsi perkara itu menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.
Video itu merakamkan wajah Aeril yang kelihatan gementar sebaik sahaja Wawa memeluk dan memegang bahagian wajahnya.
“Lama tak shot berdua. Rasa nervous pula bila duduk sebelah @w4w4_zainal ?? #wawatravelkit,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pasangan ini dihujani dengan komen-komen positif pengikut Instagram mereka.
Rata-ratanya menyukai gelagat pasangan ini dan tidak kurang juga ada yang mengusik Aeril yang kelihatan malu-malu ketika memandang isterinya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ahmad Fakhruddin Attar.
Foto: Instagram @aeril_zafrel
Must-Watch Video