Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Berang Dior Pecat Bella Hadid, Gantikan Dengan Model Isr*** May Tager!

Amri Hassan
08/11/2023 05:57 MYT
Tindakan jenama fesyen mewah Dior memecat supermodel Bella Hadid dan menggantikan model dari Isr***, May Tager untuk kempen terbaharu mereka mengundang kecaman warganet.

BERITA TRENDING: Bella Hadid Akhirnya Bersuara, Tak Akan Berganjak Sokong Palestin - "Saya Menerima...

Ramai yang mula melancarkan kempen 'Boycott Dior' di platform X selepas pengumuman mereka baru-baru ini.

Penggantian model untuk jenama antarabangsa itu turut disahkan oleh akhbar tempatan Isr***.

"Ketika kebanyakan syarikat global mengambil langkah untuk tidak menyokong Isr***, jenama antarabangsa Dior memilih model May Tager untuk menerajui kempen terbaharu mereka yang sebelum ini dipegang oleh Bella Hadid, yang mana ketika ini lantang menyuarakan sokongan terhadap Pales*** dan mengkritik Isr***," tulis akhbar terbabit.

Bella Hadid, model kelahiran Pales***-Amerika Syarikat menjadi wajah Dior Beauty sejak tahun 2016 lagi.

Namun, dalam video promosi haruman terbaharu mereka, La Collection Privee, May Tager secara rasmi menghiasi kempen terbabit.

Sehingga artikel ini ditulis, Dior belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna jenama terbabit tentang pendirian mereka terhadap konflik yang berlaku.

Bella juga sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

PILIHAN PEMBACA: Lantang Bersuara Isu Palestin, Bella Hadid & Keluarga Terima Ugutan Bunuh!

Sumber: Wion

#Model #Bella Hadid #Dior #Palestin #Boikot #ganti #Pecat #Dior Beauty #Isr*** #May Tager
;