Laman Utama

Bella Hadid Akhirnya Bersuara, Tak Akan Berganjak Sokong Palestin - "Saya Menerima Ratusan Ugutan Bunuh"

gempak
Maliah Surip
27/10/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Bella Hadid Akhirnya Bersuara, Tak Akan Berganjak Sokong Palestin - "Saya Menerima Ratusan Ugutan Bunuh"
Adik kepada supermodel Gigi Hadid, Bella, mendedahkan seluruh ahli keluarganya hidup dalam situasi menegangkan kerana menerima ratusan ugutan bunuh selepas kakaknya mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.
Gigi beberapa minggu lalu dengan lantang mengutuk tindakan kejam rejim Zionis yang membedil dan membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Dia antaranya juga mendesak agar barisan pemimpin dunia bergabung dan menentang kekejaman atas dasar kemanusian.
Namun kata Bella, tidak ada seorang pun daripada mereka akan berganjak daripada menzahirkan sokongan terhadap Palestin hanya kerana menerima ugutan bunuh.
Bella, 27, berkongsi situasi keluarga sejak dua minggu lalu menerusi kenyataan yang disiarkan di akaun Instagramnya.
“Saya mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kehidupan kami sejak dua minggu lalu. Ia sangat menegangkan dan ini terjadi hanya kerana kami bersuara tentang nyawa manusia yang tidak berdosa,” tulisnya seperti dilaporkan Dailymail.uk.
Model tersebut kemudian menulis tidak akan berdiam diri dan takut dengan ‘ketegangan’ yang dihadapi mereka.
“Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari. Telefon saya diretas dan keluarga berada dalam keadaan bahaya.
“Dan saya tidak boleh lagi berdiam diri. Ketakutan bukan satu pilihan. Penduduk Palestin terutama di Gaza termasuk kanak-kanak tidak boleh melihat kita berdiam.
“Bukan kita yang berani tapi mereka,” tulisnya.
Menerusi kenyataan tersebut, Bella dengan tegas memberitahu dunia dia menentang kekerasan dan kekejaman yang berlaku dan menuntut keharmonian dan sifat manusiawi.
“Saya berduka setiap hari melihat apa yang terjadi. Saya trauma dengan apa yang berlaku terhadap Gaza. Tapi saya juga berduka dengan banyak kematian keluarga Israel.
“Namun saya mengutuk sikap penjenayah.
“Saya mahukan keharmonian dunia kerana kita berhak menikmati kehidupan yang baik dan selamat,” ujarnya lagi.
BACA: Lantang Bersuara Isu Palestin, Bella Hadid & Keluarga Terima Ugutan Bunuh!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live