Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mungkin pada waktu ini, ramai dalam kalangan umat Islam sudah berkira-kira untuk memilih tarikh yang sesuai pulang ke kampung halaman.

Tambahan pula tol percuma diberikan kepada pengguna pada 8 dan 9 April, justeru mungkin ramai berpusu-pusu untuk pulang berhari raya awal pada hari yang sama.

Aplikasi

Bagi mengelak diri dan keluarga tersekat atas jalan raya pada jangka masa yang lama, rancang perjalanan anda dengan memuat turun aplikasi daripada PLUS ini.

Menariknya, aplikasi ini membolehkan pemandu untuk memeriksa terus CCTV di lebuh raya dan melihat sama ada trafik dalam keadaan baik atau sebaliknya.


Lebih menarik, aplikasi berkenaan membolehkan pengguna untuk menghubungi Plus Ronda jika memerlukan sebarang bantuan ketika berada di atas lebuh raya.

Selain itu, aplikasi berkenaan turut memiliki bahagian kemas kini yang menunjukkan sebarang insiden berlaku secara ‘real time’.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘Naik Hantu’ Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak, Time Orang Nak Balik Beraya Baru Nak Repair Jalan!

ARTIKEL BERKAITAN: Cermin Kereta Zarina Anjoulie Pecah, "Orang Mesin Rumput Dekat Lebuhraya PLUS ..."