Laman Utama
Netizen Dakwa Banyak Akaun Fake Fatin Umaidah Muncul Di IG? Siap Letak Bio “The Man I Prayed For”
Kisah perkahwinan mengejut antara pempengaruh Alif Teega dan wanita yang dipercayai bernama Fatin Umaidah barangkali merupakan kisah yang banyak mencuit respons dan pendapat, terutama dalam kalangan netizen.
BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”
Hal ini kerana, Alif memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita itu ketika masih bergelar suami kepada isteri pertamanya, Aisyah Hijanah.Menerusi platform X, ribuan kecaman diterima oleh Fatin, termasuk bio yang diletakkan pada profil Instagramnya.
Menerusi ruangan bio itu, Fatin menulis nama Mohd Hazalif iaitu nama sebenar Alif Teega diikuti dengan emoji cincin.
Kemudian, Fatin turut menulis: “The man I prayed for” dan emoji hati berwarna putih.
Namun, ramai yang berasa curiga kerana terlalu banyak akaun Instagram yang memiliki nama dan bio serupa muncul selepas isu ini viral.
Terdahulu, Alif Teega mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia sudah berkahwin kali dua pada 18 November lalu.
BERITA TRENDING: “Tak Ada Pasangan Yang Nak Hadap Pendatang Luar” - Aisyah Hijanah Dedah Rumah Tangga Hadapi Ujian, Bawa Suami Berubat
Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.
Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.
Must-Watch Video