Tular kembali sebuah video lama di TikTok mengenai salah seorang ahli kumpulan paling berpengaruh di dunia iaitu J-Hope daripada BTS.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna @trissend93, kumpulan tersebut diundang dalam sebuah program yang disiarkan di stesen televisyen negara asal kelahiran ahli BTS, Korea Selatan.

Dalam program tersebut, J-Hope telah diajukan soalan daripada ahli lainnya, yang bertanyakan apakah dia benar-benar menindik telinganya dalam sebuah sesi photoshoot yang dihadirinya terdahulu.

J-Hope secara santai menjawab bahawa dia tidak menindik telinganya ketika itu, malah dia hanya menggunakan subang telinga jenis clip sahaja sambil menunjukkan telinganya depan lensa kamera.

Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah bentuk telinga J-Hope yang dikatakan mempunyai kalimah Allah.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas seakan bersetuju dengan perkara tersebut dan terus bercerita mengenai bentuk telinga J-Hope.

“Masyallah ada lafaz Allah di telinga J-Hope,” komen seorang wargamya.

“Telingamu sangat indah, di sana terbentuk seperti lafaz Allah,” ujar seorang netizen.

“Saya seperti nampak lafaz Allah,” tambah seorang lagi warganet.

@trissend93 alasan hobi tidak menindik telinga nya ? #jhope ♬ Daydream - J-Hope