Laman Utama

Netizen Dakwa Elisya Sandha Dah Pindah Tinggal Sekali, Sheila Rusly; Jangan Tabur Fitnah Pada Menantu Sis ..."

gempak
Zulaikha Yusof
19/04/2021
02:27 MYT
Sponsor Banner
Netizen Dakwa Elisya Sandha Dah Pindah Tinggal Sekali, Sheila Rusly; Jangan Tabur Fitnah Pada Menantu Sis ..."
Penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly tampil menjawab dakwaan netizen yang mengatakan pelakon Elisya Sandha, 21, sudah tinggal sebumbung dengan keluarganya.
Menafikan sekerasnya, Sheila, 50, menyatakan Elisya kerap berada di rumah itu bagi mengasah kemahiran memasak sebelum berkahwin dengan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25.
Malah katanya, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal adalah seorang wanita yang tahu menjaga tatatertib dan air muka ibu bapanya.
"Belum kahwin dah duduk sini ka? Hello belum lagi tapi disebabkan dia ada di malam hari korang tabur fitnah kata dia duduk sini.
"Jangan fitnah.. berdosa. Dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga nama dan air muka, tak boleh conteng arang.
"Dia tau tatatertib dia. Daripada dia pergi melepak, lebih baik dia datang rumah mak mentua belajar masak," katanya.
Sheila bersuara ketika menyediakan juadah Seafood Pasta Kam Heong yang ditayangkan secara langsung (live) di Instagram (IG) bersama Elisya, semalam.
Dalam pada itu, pelakon drama Leftenan Zana akui tidak akan membiarkan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
"Kedua-dua mereka ada di depan mata sis (panggilan untuk Sheila). Kalau kata mereka cuba untuk lakukan perkara tidak diingini, kaki sis sampai dulu.
"Tak peduli la cantik ke apa. Kau rasa? Jadi jangan tabur fitnah pada menantu sis, tak baik," katanya lagi.
Pada 31 Januari lalu, Elisya dan Haq selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis yang sederhana di kediaman kakak Elisya yang juga aktres popular, Fasha Sandha.
BACA: Sah! Elisya Sandha, Anak Sheila Rusly Bertunang, Yesss....One Step Closer!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024