Laman Utama

Sah! Elisya Sandha, Anak Sheila Rusly Bertunang, Yesss….One Step Closer!

gempak
Fiza Kamarudin
31/01/2021
14:29 MYT
Sponsor Banner
Sah! Elisya Sandha, Anak Sheila Rusly Bertunang, Yesss….One Step Closer!
Pelakon Elisya Sandha mengikat tali pertunangan dengan anak sulung kepada penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly hari ini (Ahad).
Perkara tersebut disahkan oleh ibu pelakon tersebut Hatijah Teh Man menerusi kemaskini terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya sebentar tadi.
Menerusi hantaran tersebut Hatijah memuat naik foto bakal besannya sedang menyarungkan cincin ke jari manis Elisya.
Sementara itu di ruangan kapyen Hatijah menitipkan pesanan buat bakal menantunya, Uzair Haqimy, supaya menjaga anak bongsunya.
Hatijah yang menggunakan nama profil @mamasandha di IG itu turut meninggalkan tanda pagar merisik dan bertunang pada foto berkenaan.
“Tolong jagakan dia untuk @mamasandha...satu-satunya anak bongsu mama…Insha-Allah perkara yang baik-baik akan menjadikan iangya bertambah baik.
“Semoga dipermudahkan segalanya, amin,” tulis Hatijah.
Terdahulu, Sheila telah memuat naik foto sedang memeluk seorang wanita berpakaian pengantin berwarna putih tanpa menampakkan wajahnya.
Bagaimanapun rata-rata pengikut dapat meneka wanita tersebut ialah Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha.
“Alhamdulillah…,” tulis Sheila pada ruangan kapsyen.
Turut berkongsi berita gembira tersebut, pengarah popular Jinggo atau Azman Yahya yang memuat naik foto isterinya kelihatan sebak ketika duduk bersebelahan bakal menantu mereka itu.
“Teman dia macam mana papa teman mama,” tulisnya.
Elisya sebelum ini pernah menafikan menjalin hubungan cinta dengan Uzair dan mengakui mereka sekadar kawan baik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024