Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

Izwan Isa
27/09/2023 09:50 MYT
Pelakon Zoey Rahman sekali lagi meraih perhatian umum apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh netizen terhadap dirinya.

Menerusi soalan tersebut, Zoey ditanya, kenapa wajahnya kini tidak sekacak dahulu dan tidak lagi mempunyai raut baby face.

Tidak melatah, Zoey kemudian membalas pertanyaan berkenaan menerusi sepotong rakaman video.

A post shared by ZOEeY RAHMAN (@zoeyrahman)


“Awak, dulu umur saya 20 tahun. Gerak Geri Gasing masa tu saya belum akhil baligh lagi.

“Sekarang umur saya dah 40 tahun awak. Nak baby face apa? Sekarang dah jadi bapa-bapa dah,” katanya sambil tertawa.

Untuk rekod, Zoey pernah mengacarakan rancangan interaktif kanak-kanak Gerak Geri Gasing.

Rancangan tersebut disiarkan di Astro Ceria sekitar 2007.

BACA: Buat Pembedahan Plastik, Ini Komen Zoey Rahman! - "Saya Dah Lama Dalam ..."

#Zoey Rahman
;